Friday, April 3, 2009

BAB 1 : Lepas SPM

Di sebuah kampung ada seorang jejaka yang bernama Adam Dinzly. Adam merupakan seorang pelajar yang agak cemerlang di sekolah. Tahun 2003 merupakan tahun yang amat bermakna untuknya. Ini kerana Adam perlu menghadapi satu peperiksaan yang akan menentukan halatujunya seterusnya iaitu SPM. Akhirnya hari peperiksaan yang di nantikan telah tiba. Sepanjang tempoh peperiksaan berjalan, Adam menghadapinya tanpa rasa takut. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Setelah tamat sekolah, Adam telah bertekad untuk bekerja secara sambilan di kampungnya sementera menunggu keputusan SPM keluar. Sepanjang tempoh tersebut, Adam telah bekerja sebagai seorang kerani di sebuah 7eleven di taman perumahan rumahnya. Setiap pagi Adam perlu bangun seawal pukul 6.30pagi. Adam memulakan tugasnya pula seawal jam 7.00pagi setiap hari. Dalam sibuk bekerja, Adam juga ada menyertai kursus kemahiran dalam komputer dan Bahasa Inggeris. Setiap hari Ahad dan Rabu, Adam akan berulang-alik ke bandar Shah Alam bagi menghadiri kursus tersebut. Pada awal bulan Mac 2004, keputusan SPM bagi seluruh sekolah telah diumumkan. Adam dengan rasa gembira telah pergi ke sekolahnya untuk melihat keputusan SPM yang diperolehinya. Adam terkejut melihat keputusan peperiksaan yang diperolehinya. Adam tidak menyangka bahawa semua subjek yang diambilnya lulus. Bahkan subjek yang tidak digemarinya juga lulus dengan cemerlang. Ramai kawan-kawannya tidak berpuas hati dengan keputusan Matematik Adam. Dalam subjek tersebut, Adam mendapat A2. Selepas keputusan SPM diumumkan, maka sibuklah semua pelajar lepasan SPM untuk mengisi borang bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Adam juga tidak ketinggalan untuk mengisi borang tersebut. Pada tahun 2004, pihak kerajaan telah melancarkan satu program yang dipanggil Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi lepasan SPM. Program ini akan disertai oleh lepasan SPM yang dilahirkan pada tahun 1986. Tetapi malangnya Adam tidak terpilih untuk menjadi peserta dalam program tersebut. Adam meneruskan kerjayanya di 7eleven di taman perumahannya itu sementara menunggu panggilan ke Universiti.

No comments: