Tuesday, May 26, 2009

BAB 3 : Kehidupan baru sebagai pelajar universiti

Pada 25 April 2005, Adam telah pergi ke UiTM Shah Alam untuk melaporkan diri. Dalam masa yang sama Adam masih lagi terfikir yang keputusannya ini adalah betul atau tidak. Apabila Adam terpandang muka Abg Is yang sentiasa senyum, Adam bertekad untuk tidak mengecewakan harapan Abg Is untuk melihatnya berjaya dalam pengajian. Seperti pelajar baru di universiti yang lain, Adam juga terpaksa mengharungi minggu orientasi sebelum memulakan pengajian. Sewaktu minggu orientasi, Adam telah mendapat ramai kenalan baru. Bagi semester yang pertama, Adam telah tinggal sebilik dengan pelajar dari Klang iaitu Hazwan. Tetapi persahabatan antara Adam dan Hazwan hanya kekal selama 2 minggu. Hazwan telah bertekad untuk keluar dari Uitm dan ingin menyambung semula pengajiannya di Tati,Terengganu. Selepas Hazwan pergi, Adam hanya tinggal seorang sahaja di biliknya. Adam banyak habiskan masa di bilik kawan sekelasnya yang tinggal disebelah biliknya. Kawan sekelas Adam itu namanya Fairuz. Fairuz berasal dari Johor. 2 minggu selepas minggu orientasi, Adam telah memulakan kelas pertamanya. Adam berasa gembira kerana mendapat tawaran ini. Dengan ini, Adam tidak lagi terasa seperti melukakan hati seseorang yang dia sayang kecuali hatinya sendiri. Hari demi hari Adam menghabiskan kuliahnya. Selepas 6 bulan, maka tibalah hari yang akan menguji Adam selama mengikuti kuliah. Pada waktu subuh, Adam akan bangun seawal pagi untuk mengulangkaji pelajaran. Dalam tempoh peperiksaan, Adam menempuhinya dengan azam yang begitu kuat untuk berjaya. Hari demi hari dilalui dengan baik. Selepas habis peperiksaan, Adam telah pulang ke kampungnya untuk habiskan masa cuti semesternya bersama keluarga.