Tuesday, September 8, 2009
Bab 6 : Bulan Yang Mulia
Pejam celik-pejam celik, sekarang sudah semester 4 Adam di universiti. Semester 4 ini pihak universiti telah mengeluarkan satu arahan supaya pelajar senior duduk sebilik dengan pelajar junior. Adam telah memilih Awal sebagai rakan sebiliknya. Seminggu selepas pendaftaran masuk ke universiti, tibalah bulan yang amat mulia iaitu Ramadhan. Ini merupakan kali kedua Adam menyambut Ramadhan di universiti. Bulan Ramadhan kali ini, Adam jarang berbuka di kedai. Adam dan Awal telah sepakat untuk membeli lauk sahaja di kedai. Nasi pula di masak secara gilir-gilir. Kadang-kadang ada juga kawan-kawan sekelas Adam dan Awal mengajak berbuka bersama. Tetapi mereka lebih selesa berbuka di bilik mereka. Sebulan berpuasa dihadapi dengan tabah. Semester ini banyak kenangan yang manis untuk Adam. Kenangan bersama rakan sebiliknya Awal yang perangai gila-gila sepertinya dan Kenangan rakan sekelasnya yang suka melawak dan mengusik. Sebulan berpuasa kini tibalah Hari Raya Aidilfitri. Pihak universiti telah menetapkan cuti untuk Hari Raya adalah selama seminggu. Semua pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing, tidak ketinggalan Adam dan Awal juga. Adam telah pulang ke kampunganya di Johor bersama keluarganya dan Awal pula pulang ke kampungnya di Kota Bahru, Kelantan. Seminggu beraya digunakan sebaiknya oleh Adam untuk menziarahi kaum keluarga dan sahabat handai. Selapas pulang bercuti, kini kelas dijalankan seperti biasa. Penghujung bulan November, Adam dan Awal perlu menghadapi minggu peperiksan untuk semester ini. Adam dan Awal menghabiskan masa mengulangkaji pelajaran di bilik. Semasa minggu peperiksaan, Adam dan Awal menghadapinya dengan tabah. Akhirnya mereka mendapat keputusan yang agak cemerlang.
Bab 5 : Semangat Jati Diri
Di akhir semester 2, Adam telah terpilih untuk mewakili universiti ke Kem Biro Tatanegara anjuran Jabatan Perdana Menteri. Kem tersebut telah dijalankan di Kem Bumi Jati, Shah Alam, Selangor. Pihak universiti telah menghantar seramai 8 orang peserta. Setiba disana, Adam berasa begitu tertekan kerana semua aktivitinya berunsurkan tentera. Masuk hari kedua, Adam telah boleh membiasakan diri di kem tersebut. Selepas tiga hari disana, maka tibalah hari perpisahan untuk semua peserta. Adam terasa sedih kerana perlu meninggalkan semua kenangan dan semangat berkumpulan yang telah dibina bersama selama di kem tersebut. Adam hanya dapat berehat di rumah keluarganya selama 2 hari. Semasa hari Adam ingin pulang ke kampus, Adam telah dikhabarkan berita yang nenek saudaranya telah meninggal dunia. Adam terpaksa menangguh pendataran kemasukkannya ke unviversiti selama beberapa hari. Setelah pulang ke universiti, Adam telah ditempatkan bersama seorang pelajar dari Perlis iaitu Arman. Arman merupakan rakan sekelasnya. Mereka tidak mempunyai banyak masalah selama menjadi rakan sebilik. Adam dan Arman mempunyai minat yang sama iaitu suka menonton drama korea. Mereka akan menghabiskan masa lapang dengan menonton drama korea. Antara drama yang mereka tonton ialah Full house, A love To Kill dan banyak lagi. Adam dan Arman hanya sempat menjadi rakan sebilik selama 4 bulan kerana minggu peperiksaan akhir telah tiba. Semester 3 merupakan semester pendek untuk Adam dan Arman. Pada waktu subuh, Adam akan bangun lebih awal dari hari biasa untuk mengulang kaji pelajaran. Itulah rutin setiap hari Adam selama minggu peperiksaan.
Wednesday, July 1, 2009
Bab 4 : Erti persahabatan yang indah....
Setelah enam bulan bercuti, kini Adam perlu menyiapkan diri untuk pulang ke Universiti. Bagi semester kedua ini, Adam duduk sebilik dengan pelajar yang berasal dari Kota Bahru, Kelantan. Pelajar tersebut bernama Afizul. Afizul merupakan pelajar jurusan Komputer Sains. Semester kedua merupakan semester yang menguji Adam dalam persahabatan. Tetiba Adam terjumpa seorang kawan yang begitu baik dengannya. Kawannya itu namanya Awal. Awal merupakan junior kepada Adam. Tetapi umur mereka berdua adalah sebaya. Awal berasal dari Seremban, Negeri Sembilan. Seawal pertumuan mereka, mereka tidaklah sebegitu rapat. Tetapi setelah sebulan kenal, mereka berdua telah menjadi seorang teman yang begitu rapat. Awal banyak menghabiskan masa bersama Adam. Semua masalah yang dihadapinya akan diluahkan kepada Adam. Adam merupakan seorang yang kepala otak yang gila-gila. Akan tetapi dia sangat suka menolong kawan dalam kesusahan dan setia dalam persahabatan jika sahabatnya itu juga menghargai nilai persahabatan itu. Sudah menjadi tabiat hidupnya yang suka menceriakan orang biarpun dirinya yang akhirnya kecewa. Awal cukup senang dengan perwatakan Adam itu. Adam banyak membantu Awal dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Walaupun banyak masalah yang perlu dihadapi, pelajaran tetap menjadi perkara yang utama bagi mereka. Jika tidak berjumpa dengan Awal, Adam akan menghabiskan masanya mengulangkaji pelajaran. Begitu banyak benda baru yang dipelajari oleh Adam dalam semester ini. Akan tetapi, Adam menghadapi semuanya dengan senyuman. Setelah 6 bulan memerah otak, final exam untuk semester kedua telah tiba. Adam dan Awal menempuhi hari-hari peperiksaan mereka dengan baik.
Tuesday, May 26, 2009
BAB 3 : Kehidupan baru sebagai pelajar universiti
Pada 25 April 2005, Adam telah pergi ke UiTM Shah Alam untuk melaporkan diri. Dalam masa yang sama Adam masih lagi terfikir yang keputusannya ini adalah betul atau tidak. Apabila Adam terpandang muka Abg Is yang sentiasa senyum, Adam bertekad untuk tidak mengecewakan harapan Abg Is untuk melihatnya berjaya dalam pengajian. Seperti pelajar baru di universiti yang lain, Adam juga terpaksa mengharungi minggu orientasi sebelum memulakan pengajian. Sewaktu minggu orientasi, Adam telah mendapat ramai kenalan baru. Bagi semester yang pertama, Adam telah tinggal sebilik dengan pelajar dari Klang iaitu Hazwan. Tetapi persahabatan antara Adam dan Hazwan hanya kekal selama 2 minggu. Hazwan telah bertekad untuk keluar dari Uitm dan ingin menyambung semula pengajiannya di Tati,Terengganu. Selepas Hazwan pergi, Adam hanya tinggal seorang sahaja di biliknya. Adam banyak habiskan masa di bilik kawan sekelasnya yang tinggal disebelah biliknya. Kawan sekelas Adam itu namanya Fairuz. Fairuz berasal dari Johor. 2 minggu selepas minggu orientasi, Adam telah memulakan kelas pertamanya. Adam berasa gembira kerana mendapat tawaran ini. Dengan ini, Adam tidak lagi terasa seperti melukakan hati seseorang yang dia sayang kecuali hatinya sendiri. Hari demi hari Adam menghabiskan kuliahnya. Selepas 6 bulan, maka tibalah hari yang akan menguji Adam selama mengikuti kuliah. Pada waktu subuh, Adam akan bangun seawal pagi untuk mengulangkaji pelajaran. Dalam tempoh peperiksaan, Adam menempuhinya dengan azam yang begitu kuat untuk berjaya. Hari demi hari dilalui dengan baik. Selepas habis peperiksaan, Adam telah pulang ke kampungnya untuk habiskan masa cuti semesternya bersama keluarga.
Wednesday, April 15, 2009
Bab 2 - Menerima panggilan Universiti
Pada penghujung bulan Jun, Adam telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma di Institut Teknologi Pertama, Mantin dalam jurusan HND Civil Engineering. Selepas seminggu di sana, Adam pulang ke kampungnya untuk mengambil barang keperluan harian yang lain untuk digunakan di kolejnya. Selama Adam dikampung, Adam telah menerima sepucuk surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dalam jurusan Sijil Pemprosesan Data. Selapas berbincang dengan keluarga, Adam telah membuat keputusan untuk menamatkan pelajarannya di ITP dan meneruskan pengajian di POLISAS. Selepas beberapa hari di kampung, Adam telah kembali semula ke kolejnya untuk membawa pulang kesemua barangnya di hostel. Setelah sekembalinya ke kampung, Adam telah berfikir semula dengan keputusannya untuk ke Politeknik. Selepas beberapa hari berfifkir, Adam telah buat keputusan untuk tidak menyambung pengajiannya tetapi terus bekerja sahaja. Adam telah menceritakan keputusannnya itu kepada ibu dan ayah. Ibu dan ayah menghormati dengan keputusan Adam. Adam telah menghabiskan masanya di tempat kerja lamanya. Abang Adam iaitu Abg Is tidak berpuas hati dengan keputusan Adam itu. Abg Is telah meminta Adam untuk berfikir semula sebelum membuat keputusan yang muktamad. Tetapi Adam tetap dengan keputusannya untuk tidak melanjutkan pelajaran. Abg Is tidak mengaku kalah untuk memaksa Adam supaya melanjutkan pelajaran. Akhirnya setahun telah berlalu. Tetapi Abg Is masih tidak berputus asa memaksa Adam untuk belajar. Akhirnya, Adam akur dengan keputusan abangnya itu. Adam telah mengisi borang kemasukkan ke universiti untuk kali ke 2. Beberapa bulan kemudian, Adam telah menerima panggilan ke Uitm Shah Alam dalam jurusan Engineering Multimedia.
Friday, April 3, 2009
BAB 1 : Lepas SPM
Di sebuah kampung ada seorang jejaka yang bernama Adam Dinzly. Adam merupakan seorang pelajar yang agak cemerlang di sekolah. Tahun 2003 merupakan tahun yang amat bermakna untuknya. Ini kerana Adam perlu menghadapi satu peperiksaan yang akan menentukan halatujunya seterusnya iaitu SPM. Akhirnya hari peperiksaan yang di nantikan telah tiba. Sepanjang tempoh peperiksaan berjalan, Adam menghadapinya tanpa rasa takut. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Setelah tamat sekolah, Adam telah bertekad untuk bekerja secara sambilan di kampungnya sementera menunggu keputusan SPM keluar. Sepanjang tempoh tersebut, Adam telah bekerja sebagai seorang kerani di sebuah 7eleven di taman perumahan rumahnya. Setiap pagi Adam perlu bangun seawal pukul 6.30pagi. Adam memulakan tugasnya pula seawal jam 7.00pagi setiap hari. Dalam sibuk bekerja, Adam juga ada menyertai kursus kemahiran dalam komputer dan Bahasa Inggeris. Setiap hari Ahad dan Rabu, Adam akan berulang-alik ke bandar Shah Alam bagi menghadiri kursus tersebut. Pada awal bulan Mac 2004, keputusan SPM bagi seluruh sekolah telah diumumkan. Adam dengan rasa gembira telah pergi ke sekolahnya untuk melihat keputusan SPM yang diperolehinya. Adam terkejut melihat keputusan peperiksaan yang diperolehinya. Adam tidak menyangka bahawa semua subjek yang diambilnya lulus. Bahkan subjek yang tidak digemarinya juga lulus dengan cemerlang. Ramai kawan-kawannya tidak berpuas hati dengan keputusan Matematik Adam. Dalam subjek tersebut, Adam mendapat A2. Selepas keputusan SPM diumumkan, maka sibuklah semua pelajar lepasan SPM untuk mengisi borang bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Adam juga tidak ketinggalan untuk mengisi borang tersebut. Pada tahun 2004, pihak kerajaan telah melancarkan satu program yang dipanggil Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi lepasan SPM. Program ini akan disertai oleh lepasan SPM yang dilahirkan pada tahun 1986. Tetapi malangnya Adam tidak terpilih untuk menjadi peserta dalam program tersebut. Adam meneruskan kerjayanya di 7eleven di taman perumahannya itu sementara menunggu panggilan ke Universiti.
Siapa...sebenarnya aku padamu...???
Hai
Subscribe to:
Posts (Atom)