Wednesday, July 1, 2009
Bab 4 : Erti persahabatan yang indah....
Setelah enam bulan bercuti, kini Adam perlu menyiapkan diri untuk pulang ke Universiti. Bagi semester kedua ini, Adam duduk sebilik dengan pelajar yang berasal dari Kota Bahru, Kelantan. Pelajar tersebut bernama Afizul. Afizul merupakan pelajar jurusan Komputer Sains. Semester kedua merupakan semester yang menguji Adam dalam persahabatan. Tetiba Adam terjumpa seorang kawan yang begitu baik dengannya. Kawannya itu namanya Awal. Awal merupakan junior kepada Adam. Tetapi umur mereka berdua adalah sebaya. Awal berasal dari Seremban, Negeri Sembilan. Seawal pertumuan mereka, mereka tidaklah sebegitu rapat. Tetapi setelah sebulan kenal, mereka berdua telah menjadi seorang teman yang begitu rapat. Awal banyak menghabiskan masa bersama Adam. Semua masalah yang dihadapinya akan diluahkan kepada Adam. Adam merupakan seorang yang kepala otak yang gila-gila. Akan tetapi dia sangat suka menolong kawan dalam kesusahan dan setia dalam persahabatan jika sahabatnya itu juga menghargai nilai persahabatan itu. Sudah menjadi tabiat hidupnya yang suka menceriakan orang biarpun dirinya yang akhirnya kecewa. Awal cukup senang dengan perwatakan Adam itu. Adam banyak membantu Awal dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Walaupun banyak masalah yang perlu dihadapi, pelajaran tetap menjadi perkara yang utama bagi mereka. Jika tidak berjumpa dengan Awal, Adam akan menghabiskan masanya mengulangkaji pelajaran. Begitu banyak benda baru yang dipelajari oleh Adam dalam semester ini. Akan tetapi, Adam menghadapi semuanya dengan senyuman. Setelah 6 bulan memerah otak, final exam untuk semester kedua telah tiba. Adam dan Awal menempuhi hari-hari peperiksaan mereka dengan baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)